Isnin, 3 September 2012

Rendang Daging

        
         Assalamualaikum wrh wbr.....


   Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Semoga berada dalam keceriaan selalu. Entri kali ini mengenai masakan rendang daging. Dah ketinggalan keretapi nampaknya. Raya pun dah nak habis, baru sekarang nak buat rendang. Walau apa pun jua, mailah kita tengok resepinya...



Resepi Rendang Daging

Bahan-bahan:


1 kilo daging dipotong kecil-kecil
1 biji kelapa -diambil santannya
1/4 cawan kerisik
gula dan garam secukup rasa
sedikit air asam jawa
20 biji cili kering*
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 helai daun kunyit- dimayang
3 helai daun salam

Cara memasaknya:


1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.

2. Panaskan kuali masukkan bahan-bahan 
   kisar, santan, daging, air asam jawa 
   serta kerisik ke dalam kuali. Dikacau 
   sekali sekala.

3. Masak dengan api yang sederhana. Apabila 
   sudah agak kering, masukkan garam, gula 
   serta sedikit perasa.

4. Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan
   daun kunyit yang telah dimayang halus.

5. sedap dimakan dengan lemang atau
   ketupat daun palas.


2 ulasan:

  1. pinggan/mangkuk claytan? wahh lawalah :)
    sedapnya rendang tu.. terus jd lapar nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ke.... thanks Umi.Kalau nak tahu sedap ke tidak, cubalah resepinya....

      Padam