Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga semuanya baik-baik saja di hari ini.
Ni cerita semalam, hari Sabtu 16hb Mei 2026, di hari guru Sekolah Rendah Agama JAIS mengadakan pertandingan KAMIL untuk pelajar sekolah rendah agama zon Rawang, jadi semua pelajar yang terlibat dengan persembahan berkumpul di salah sebuah sekolah di Tasik Puteri.
Pelajar sekolah kita juga ada yang terlibat dalam persembahan. Jadi guru-guru pun turut mengiringi pelajarnya ke sana. Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar.
Pertandingan menulis khad lelaki.
Pertandingan menulis khad perempuaan.
Oleh kerana sekolah kita tak begitu ramai jadi, pelajar yang terlibat dengan persembahan pun tak ramai. Berbanding sekolah agama yang lain ramai yang terlibat dengan persembahan sehingga ada yang datang dengan bas.
Walaupun tak ramai tapi bersyukur juga ada seorang pelajar yang terpilih sebagai pemenang.
Tahniah Alimuddin, telah terpilih menjadi pemenang pertama dalam pertandingan Hafazan dan terjemahan. Selepas ini akan bertanding peringkat daerah pula. Semoga kemenangan berpihak kepada beliau nanti, insyaallah.















Tahniah, ramai ambil bahagian..
BalasPadam