Selasa, 25 September 2012

Pulut Kuning Kari Ayam

           
             Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam ukhwah kepada kawan-kawan semua. Semoga berada dalam lindungan Allah selalu hendaknya. Alhamdulillah hari ini, saya masak pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran my husband pada hari ini. Sebenarnya firstime saya masak pulut kuning ni. Biasanya masak pulut biasa sahaja. Sebagai kawannya pulut saya masak kari ayam. Alhamdulillah sedap.... Pulut kuningnya saya cuba dari resepi Haniliza. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya di masa akan datang. Mari kita tengok resepinya...








Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan:

1 kilo pulut kuning
3 keping asam keping
3 sdb serbuk kunyit
air secukupnya untuk merendam pulut
3 cawan santan
garam

Cara memasaknya:

1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping
   serta larutan kunyit selama 5  jam untuk 
   mendapatkan warna kuning.
2. Cucikan pulut serta toskan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut ke dalam pengukus yang 
   dialas dengan daun pisang sehingga naik 
   wap di sekelilingnya.
5. Angkat dan keluarkan pulut serta masukkan 
   ke dalam bekas yang agak besar.
6. Tuangkan santan yang telah dicampur 
   dengan garam sedikit demi sedikit.
7. Masukkan kembali ke dalam pengukus dan 
   kukuslah kembali sehingga keluar wap di
   tepi pengukus.
8. Bila dah naik wap keluarkan serta msukkan 
   pulut ke dalam loyang atau acuan yang 
   disukai.
9. Hidangkan pulut dengan rendang atau kari 
   ayam.

Resepi Kari Ayam


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
5 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong)
4 sudu besar serbuk kari daging
3 1/2 cawan santan
6 biji bawang merah (dihiris)
5ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 pelepah daun kari
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit ksyu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukupnya
sedikit minysk masak untuk menumis

Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak 
   dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, 
   bunga cengkih, buah pelaga serta daun
   kari. Kemudian masukkan bawang merah,  
   bawang putih serta halia. Biarkan sehingga
   agak garing.
2. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air 
   serta dicampur dengan kerisik. Apabila
   bawang 
   sudah garing masukkan rempah kari. Masak 
   sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan kentang. Kacaukan ia 
   supaya bercampur dengan rempah. Biarkan
   sehingga mendidih.
4. Masukkan santan. Tunggu sehingga mendidih. 
   Masukkan garam. Rasakan garamnya. Kalau 
   sudah cukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.

    

2 ulasan:

  1. salam ukhuwah kak..
    ziarah sy ke sini..
    menu sedap ni kak, walaupun badan mudah brangin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rohah kerana sudi follow blog akak yang tak seberapa ini.
      Ye lah, menu ni memanglah sedap. Sekali-sekala makan tak apa lah kot. Kalau sakit tu, terpaksa tahan lah sikit.... kan.

      Padam