Jumaat, 7 September 2012

Kurma Kambing

           
           Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ceria untuk anda semua, semoga sihat selalu. Entri kali ini mengenai masakan kurma daging kambing. Memandangkan stok daging masih ada lagi dalam simpanan, maka saya masakkan kurma daging. Biasanya bila dengar je... daging kambing, mesti orang takut nak makan sebab panas atau orang yang punyai tekanan darah tinggi, tekanan darahnya akan naik. Petuanya kalau nak masak daging kambing, masaklah dengan buah kundur supaya tak panas. Tapi kali ini saya letakkan ubi kentang sahaja. 
Mari kita lihat resepinya...




Resepi Kurma Daging Kambing

Bahan-bahan:

1 kilo daging kambing- dipotong kecil
5 biji kentang dipotong
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 sdb serbuk kurma - dibancuh dgn sedikit air
1 biji kelapa diambil santan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntun bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam keping
2 biji cili merah dibelah 2
1 biji bawang besar dibelah 4
garam serta perasa

Cara membuatnya:

1. Bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu 
   manis, bunga lawang, bunga cengkih dan
   buah pelaga. Kemudian tumis bahan yang 
   dihiris halus.
3. Masukkan rempah kurma, biar hingga naik 
   minyak. Dikacau sekali sekala supaya tidak 
   hangit. 
4. Masukkan daging kambing, biarkan mendidih. 
   Kemudian masukkan kentang. Biar mendidih 
   sekejap, barulah masukkan santan. Masukkan 
   asam. 
5. Tunggu sehingga daging dan kentang empuk, 
   baru masukkan garam serta perasa. Akhir
   sekali masukkan bawang serta cili. Bila 
   semuanya sudah masak angkat serta 
   hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi 
   panas serta acar timun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan