Selasa, 26 Mei 2026

Salam Aidil Adha 2026

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam Aidil Adha saya ucapkan kepada sahabat semua. Mungkin anda tengah beraya di kampung di ketika ini, selamat menjamu selera dengan hidangan hari raya. 

Hari raya haji ni saya tak balik kampung, walaupun hari raya haji ni berada di dalam cuti sekolah, tapi saya tetap beraya di sini. Mungkin hujung minggu nanti saya dan keluarga akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara.



 


Hari Raya Haji tahun ini disambut pada hari Rabu 27hb Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447h di Malaysia. Umat Islam menyambut perayaan ini dengan mengerjakan solat sunat Aidil Adha dan melakukan ibadah korban selepasmya.

Di hari raya ini kita disunatkan melaungkan takbir, mandi sunat hari raya aidil adha, memakai pakaian terbaik dan berjalan kaki ke masjid.




Photo kenangan bersama si kakak sebelum menghantar dia ke tempat kerja.



Hidangan di hari raya kali ini ala kadarnya sahaja, tak ada rendang ketupat. Hanya ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, serta telur rebus.





 Nasi impit, saya beli yang peket saja. Mudah dan senang, tinggal rebus je.






Kuah lodeh saya guna resepi dari youtube Che Nom. Memang sedap.




Airnya pula, minum air teh O saja.
 



Kuah kacang juga saya guna dari resepi Che Nom.




Hidangan lontong, tak ada sambal ikan bilis, gantikan dengan kuah kacang je. Itu pun sedap dah...



Raya kali ni tak ada kuih raya, beli kek dengan maruku saja lah buat makan.

Selamat hari raya aidil Adha, semoga segala ibadah korban kita akan diterima oleh Allah swt.




 

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Diela sekeluarga.....sedap semua juadah raya akak..SA pun x kemana..esok kerja dh

    BalasPadam