Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera kepada anda semua. Semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini saya kongsikan masakan kek batik yang saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Sedap sangat keknya. Anak-anak saya pun suka. Sekejap sahaja dah habis.
Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini ya...
Bahan-bahan:
500 gm biskut marie
250 gm mentega
5 biji telur gred A -pukul sedikit
1 cawan gula halus
1 cawan santan pekat
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 sdt esen vanila
Cara membuatnya:
1. Sapukan mentega disekeliling loyang.
Ketepikan. Alas plastik lagi mudah untuk
dikelurkan. Guna loyang 9 inci.
2. Masukkan mentega dalam kuali, masukkan
gula dan bahan-bahan lain kecuali biskut
marie.
3. Masak guna api sederhana sehingga sedikit
pekat dan berkilat. Masa ni gunakan whisk
je, gaul supaya adunan rata.
4. Setelah sebati, masukkan biskut tadi dan
gaul rata. Tutupkan api.
5. Kemudian cedukkan adunan ke dalam loyang
tadi. Ratakan dan tekan padat dengan
sudip atau penekan kek lapis.
6. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah
masukkan dalam peti ais lebih kurang 1-2
jam. Bila nak makan barulah dikeluarkan.
Biarkan sebentar barulah dipotong, simpan
selebihnya ke dalam peti sejuk semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan