Ahad, 23 September 2012

Kuih Lompang

           
                  Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga kalian semua berbahagia selalu di hari minggu ini. Dah lama tak makan kuih lompang, teringin pula rasanya nak makan kuih lompang buatan sendiri. Biasanya kalau nak makan beli lah. Tapi kali ini saya nak cuba buatlah sendiri. So, tercari-carilah resepi kat internet. Tengok my resepi, macam sedap je kuihnya. Saya cubalah ...... Kalau tak salah dari NINA@SWEETILY. Memang sedap sangat kuihnya bila dimakan setelah sejuk. Terima kasih my resepi atas perkongsian resepi kuih ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini....






Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan:

1/2 cawan tepung beras
1 sdb tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air / santan
1 helai daun pandan
kelapa parut putih serta garam

Cara membuatnya:

1. Satukan gula melaka dan gula pasir ke
   dalam periuk, kemudian masukkan 1 cawan
   air/santan bersama daun pandan. Masak atas
   api kecil hingga larut. Sejukkan sebentar.
2. Satukan tepung beras dan tepung ubi, tuang
   satu cawan air serta masukkan air kapur. 
   Kacau rata.
3. Kemudian tuang air gula yang telah sejuk 
   tadi, gaul hingga sebati.
4. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang
   yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. 
   Bila dah masak kuih akan jadi berlubang
   di tengahnya.
6. Hidang bersama kelapa parut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan