Ahad, 15 Julai 2012

Pulut Durian

      
         Assalamualaikum wrh wbr....
   
         Bertemu lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua sihat sejahtera hendaknya.
Teringin sangat nak makan pulut durian. Sampai sanggup pergi ke pasar Cow Kit, semata-mata untuk beli durian. Walaupun agak mahal, belilah juga.... Tapi, kalau nak puas makan durian kena lah balik Batu Kurau sebab Batu Kurau ni memang famous dengan durian. Dan sekarang ni tengah musim katanya.
        Walau bagaimana pun, alhamdulillah tercapai juga lah hajat nak makan durian ni. Kalau orang belah utara makan durian ni mesti dengan pulut dan santannya sekali. Barulah best....






Resepi Pulut Durian

Bahan-bahan:

300 gram beras pulut
air secukupnya
Untuk memasak nasi pulut: Cuci beras seperti hendak memasak 
nasi. Masukkan air sedikit. Jangan terlebih air, takut terlalu 
lembik. Masak atas api sehingga mendidih dan kering. Tutupkan 
periuk dengan tudungnya. Perlahankan api sehingga kecil. 
Biarkan sehingga pulut masak.


1 biji kelapa
sedikit garam
Untuk santan : Perahkan santan dengan 2 cawan air. Masukkan sedikit garam. Masak sekejap di atas api sehingga naik wap. Santan dimasak dahulu untuk mengelakkan kembung perut.


Cara makan:
Masukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan seulas durian. Masukkan santan dan digaul dengan pulut. Barulah dimakan.... ummph sedapnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan