Rabu, 4 Julai 2012

Malam Nisfu Syaaban

        
        Assalamualaikum wrh wbr.....


       Salam ukhwah kepada semua, semoga berada dalam keberkatan Allah swt. Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, malam yang penuh dengan keberkatan.

       Nisfu dalam bahasa Arabnya beerti setengah atau sebahagian. Maka, nisfu Syaaban berarti setengah bulan Syaaban. Malam nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban, iaitu peristiwa hari ke 15 dalam bulan Syaaban dalam tahun Hijriah. Umat Islam mempercayai bahawa pada malam tersebut, amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


          
           Nisfu Syaaban adalah termasuk di dalam hari besar Islam, dan ia merupakan malam yang kedua mulia selepas malam Lailatul Qadar, kerana pada hari itu banyak mengandungi kelebihan dan Allah swt memberikan atau menurunkan rahmat serta memberikan keampunan kepada hamba-hambanya.

      Kelebihan malam nisfu Syaaban Riwayat Abu Musa daripada Nabi Muhammad saw sebuah hadis Qudsi mengenai kelebihan malam nisfu Syaaban yang mana Allah Swt turun ke langit dunia lalu berfirman: "Sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka aku akan mengurniakan kepaadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka aku akan melepaskannya".


Amalan yang selalu dilakukan pada malam tersebut:

- membaca Yasin 3 kali dengan niat 
   dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki 
   serta diberkatinya, meminta doa agar
   mati dalam keadaan iman.

- memperbanyakkan Istighfar (memohon 
   keampunan).

- memohon keampunan daripada ibubapa.

- memohon taubat.

- membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw.

- Zikrullah (lailahaillallah)


Semoga amal ibadah yang kita kerjakan akan diberikan balasan yang setimpal dengan amalan kita..... insyaallah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan