Jumaat, 20 Julai 2012

Kari Ikan Talang Masin Dengan Nenas

   
          Assalamualaikum wrh...wbr...


      Bertemu lagi di kali ini, semoga teman-teman sukses semuanya. Entri kali ini mengenai masakan kari ikan masin, tetapi tumis darat iaitu kita tumis bahan tumisnya di akhir masakan kari tersebut. Berbeza dgn masakan yang lain, ditumis di permulaan masakkan. Sedap sangat.... kalau makan tak cukup sepinggan, mesti nak tambah lagi. Marilah kita lihat resepinya dulu....



Resepi kari ikan talang masin dengan nenas


Bahan-bahannya:
500 gm ikan talang masin dipotong-potong, 
      dicampur tulang dan isinya
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
1/2 biji nenas dihiris nipis
2 1/2 cawan santan
3 sdb air asam jawa (bergantung kepada 
    kemasaman nenas)
garam secukup rasa


Bahan-bahan tumis darat:
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai daun kari
Bahan yang bertanda * dihiris halus


Cara memasaknya:
1. Bancuh rempah kari serta bawang merah 
   yang ditumbuk dengan secawan air.
   Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas
   api hingga mendidih.
2. Masukkan ikan talang serta nenas dan masak
   lagi biar kan mesra dengan rempah.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan garam dan air asam jawa. Rasa 
   dulu, kalau dah cukup masam dan masinnya,
   tutupkan api.
5. Di dalam kuali panaskan lebih kurang dua 
   hingga 3 sdb minyak masak, tumiskan bahan
   yang dihiris tadi hingga kekuningan atau 
   garing.
6. Tuangkan bahan tumis serta minyak sekali 
   di dalam periuk kari tersebut. Kacau-
   kacaukan ia agar bercampur dengan kari.
   Hasilnya mengeluarkan bau yang sangat enak.
   Siap untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan