Isnin, 2 Julai 2012

Kuih Bingka Pisang

       
         Assalamualaikum wrh... wbr...


      Salam sejahtera semua, semoga sihat selalu. Entri kali ini, mengenai kuih bingka pisang yang sedap sangat. Memandangkan kat rumah ni ada pisang yang agak lasu sedikit, sayang takut rosak begitu saja, maka saya buatkan kuih bingka pisang. Resepinya saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Inilah hasil kuihnya...






Resepi Kuih Bingka Pisang


Bahan-bahannya:
1 sisir pisang masak (10-13 biji)-dilenyek
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu sejat/cair
1 biji telur
2 sudu besar butter
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Semua bahan diblender kecuali pisang.
2. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi 
   pisang lenyek dan digaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah di
   lengser dengan butter.
4. Bakar 180 C selama 1 jam atau lebih untuk 
   dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan... baru dipotong. Masukkan dalam 
   peti ais lagi sedap.
6. Loyang 8x8 atau acuan bahulu pecah 8 dapat 
   3 biji kuih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan