Jumaat, 6 Julai 2012

Amalan Sunnah

      
            Assalamualaikum wrh wbr.....
           
           Bertemu lagi di entri kali ini, semoga ceria selalu. Tazkirah kali ini mengenai 7 sunnah untuk diamalkan setiap hari. Hendaklah kita sentiasa menjaga 7 sunnah nabi setiap hari iaitu:


1. Tahajjud
   Hal ini kerana kemuliaan seseorang mukmin 
   terletak pada tahajudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
   Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia
   sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih
   dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid
   Masjid merupakan pusat keberkatan bukan 
   kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang
   mencari orang beriman untuk memakmurkan 
   masjid Allah.

4. Jaga solat Dhuha
   Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah tiap hari
   Allah menyukai orang yang suka bersedekah
   pada setiap hari.

6. Jaga wudhuk terus menerus
   Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. 
   Kata Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a,
   "Orang yang selalu berwudhuk senantiasa
   akan merasa solat walaupun ia sedang tidak
   solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua
   doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap hari
   Dengan istighfar masalah yang terjadi
   kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
   Zikir adalah bukti syukur kita kepada
   Allah.


sumber : internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan