Isnin, 2 Julai 2012

Kuih Bakar Kemboja

       
            Assalamualaikum wrh wbr......


     Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini, saya telah cuba membuat kuih bakar kemboja. Resepi ini saya cuba dari MY RESEPI. Tetapi saya tambahkan bilangan telurnya. Kata orang, kalau lebihkan telur lagi sedap. Alhamdulillah, sedap sangat kuihnya. Anak-anak memang suka sangat. Terima kasih my resepi. Inilah hasil kuihnya...





Resepi Kuih Bakar Kemboja


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (air+ pandan past)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 tbs butter
4 biji telur
1/2 tps garam
pewarna hijau
bijan


Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan. Blend sampai
   sebati.
2. Masukkan 2 tbs minyak masak ke dalam
   loyang.
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak
   sudah panas, masukkan mixture kuih tadi, 
   taburkan bijan dan bakar 180 c sehingga  
   brown dan garing.
4. Biarkan  sejuk baru dipotong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan