Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua...
Cerita semalam, hari Jumaat pergi lagi ke Hospital jantung Serdang untuk ambil darah suami. Dua minggu lagi akan datang berjumpa doktor pula. Alhamdulillah... ambil darah hanya sekejap saja tak sampai sejam pun dah selesai.
Balik dari hospital singgah sarapan mee rebus sotong kat medan selera Presint 9, Putra Jaya. Sebelum ni pernah datang tapi masa tu makan nasi ayam penyet saja. Kebetulan si abang Zohar makan mee rebus. Try rasa sikit, sedap rupanya. Kali ni datang semuanya order mee rebus kecuali si kecik nak makan nasi dengan ayam goreng.
Harga mee rebus biasa RM 8, kalau letak lauk daging, sotong, paru RM15. Nampak macam mahal tapi berbaloilah sedap.

Gerai yang paling hujung ada menjual mee rebus, nasi ayam penyet juga nasi campur.
Macam-macam makanan ada dijual dideretan kedai tersebut.
Lepas makan terus je balik, tak sempat nak jalan-jalan. Si Nasaie nak masuk kelas agama pula, ada jamuan raya kat sekolah kafa.











Masya-Allah, telan air liur tengok gambar mee rebus. Ada sambal sotong.😋 Best makan di tempat macam ni. Macam-macam gerai ada.
BalasPadamSedapnya mi rebus lama tak makan.
BalasPadam