Assalamualaikum...
Update lagi blog kesayangan ini supaya tidak selalu sepi.
Semalam saya start puasa sunat Syawal atau puasa enam. Sebelum ni asyik tertangguh saja dari sehari ke sehari. Dah pertengahan Syawal ni, tak leh jadi kena start juga puasa. Sayang rasanya kalau kita tinggalkan puasa sunat ini.
Tengahari masak siap-siap untuk makan mereka tak berpuasa, petang tinggal panaskan saya lauk untuk berbuka.
Kebetulan Siti Haida balik dari USIM, dia pun berpuasa juga tapi dah hari yang ke enam. Dapatlah kita berbuka bersama-sama petang semalam.
Menunya pun biasa saja.
Menu yang cepat dan mudah dimasak, ayam goreng kunyit.
Sayur lemak cabbage.
Telur dadar goreng.
Tembikai kuning.
Air sirap ais, tak letak air gula pun, hanya rasa manis dari sirap yoes tu saja, buat penghilang dahaga.





Alhamdulillah...seronok bila dapat berpuasa
BalasPadamYa kan... Kalau tak puasa, kejap-kejap makan. Berat pun makin bertambah.
PadamCie dah selesai puasa hari ni.
BalasPadamOh... alhamdulillah Cie, dah tamat puasa. Saya ni masih berbaki tiga hari lagi.
PadamAlhamdulillah dah puasa sunat syawal.. kita belum nak mula lagi huhuu.. 😅
BalasPadamTak apa... masih ada masa lagi nak berpuasa.
PadamMenu simple tapi sedap semua tu...
BalasPadamBolehlah puan Hazel, menu simple saja, mudah dan cepat dimasak.
PadamHari ni hari pertama SA puasa..ada 5 hari lagi...minggu ni puasa sampai Khamis aje, Jumaat ada majlis raya company......lepas tu next week Isnin sambung lagi...kalau xde aral Ahad pun boleh sambung kot..Sabtu ada open house rumah makcik plak kat Ampang
BalasPadamAir sirap mengoda waktu panas ni
BalasPadam