Sabtu, 4 April 2026

Menu Berbuka Puasa Sunat Syawal Hari Pertama

 

Assalamualaikum...

Update lagi blog kesayangan ini supaya tidak selalu sepi. 

Semalam saya start puasa sunat Syawal atau puasa enam. Sebelum ni asyik tertangguh saja dari sehari ke sehari. Dah pertengahan Syawal ni, tak leh jadi kena start juga puasa. Sayang rasanya kalau kita tinggalkan puasa sunat ini.

Tengahari masak siap-siap untuk makan mereka tak berpuasa, petang tinggal panaskan saya lauk untuk berbuka.

Kebetulan Siti Haida balik dari USIM, dia pun berpuasa juga tapi dah hari yang ke enam. Dapatlah kita berbuka bersama-sama petang semalam.

Menunya pun biasa saja. 




Menu yang cepat dan mudah dimasak, ayam goreng kunyit.



Sayur lemak cabbage.


Telur dadar goreng.


Tembikai kuning.



Air sirap ais, tak letak air gula pun, hanya rasa manis dari sirap yoes tu saja, buat penghilang dahaga.


10 ulasan:

  1. Alhamdulillah...seronok bila dapat berpuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kan... Kalau tak puasa, kejap-kejap makan. Berat pun makin bertambah.

      Padam
  2. Balasan
    1. Oh... alhamdulillah Cie, dah tamat puasa. Saya ni masih berbaki tiga hari lagi.

      Padam
  3. Alhamdulillah dah puasa sunat syawal.. kita belum nak mula lagi huhuu.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa... masih ada masa lagi nak berpuasa.

      Padam
  4. Menu simple tapi sedap semua tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah puan Hazel, menu simple saja, mudah dan cepat dimasak.

      Padam
  5. Hari ni hari pertama SA puasa..ada 5 hari lagi...minggu ni puasa sampai Khamis aje, Jumaat ada majlis raya company......lepas tu next week Isnin sambung lagi...kalau xde aral Ahad pun boleh sambung kot..Sabtu ada open house rumah makcik plak kat Ampang

    BalasPadam
  6. Air sirap mengoda waktu panas ni

    BalasPadam