Selasa, 23 Disember 2025

Menu Lunch Hari Ini

 Assalamualaikum...

Salam di hari Selasa yang ceria ini. Cuti sekolah dah bermula semalam. Bila dah start cuti ni, terasa tenang lah sikit. Pagi-pagi tak terkejar-kejar lagi nak ke sekolah.

Jadi adalah masa untuk menyantai, walaupun cuti, tapi masak tetap kena masak. Kalau waktu pagi adalah masa sikit untuk berkebun. Jadi tengahari ni menu masakan saya ialah sup ayam, ayam goreng dan goreng cili ikan bilis sama terung pipit.








Terung pipit ni sebenarnya diberi oleh jiran depan rumah. Dapatlah buat sambal dengan ikan bilis.

Alhamdulillah... rezeki hari ni.



7 ulasan:

  1. Kak Diela..acaner nka buat sup ayam version macam tu yg nampak macam xde minyak tu...sedapnyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rebus dulu semua bahan, akhir sekali goreng bawang merah, bawang putih, baru masukkan ke dalam periuk sup. Kalau tak nak berminyak, masuk bawang yang digoreng je. Kalau nak berminyak masuk dengan minyaknya sekali. Itulah cara saya SA.

      Padam
  2. Sedap dah menu macam ni. Lama tak makan terung pipit tu. Kami panggil panggil terung manggo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam nama ya, ada yang panggil tering pipit, terung belanda juga. First time dengar terung manggo. Menarik juga namanya.

      Padam
  3. Salam kenal kak.. busyra follow sini.. sedapnya menu lunch akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga busyra... Terima kasih dah follow akak. Menu sederhana ja busyra.

      Padam
  4. Saya sukaaa terong Pipit ini. Kalau di sini sebutannya rimbang. Suka dimasak dalam masakan khas Batak. 😍😍. Tp pasti dimasak dengan ikan bilis sambal begitu sedaap juga

    BalasPadam