Assalamualaikum...
Salam di hari Sabtu yang penuh ceria ini. Alhamdulillah... sangat bersyukur sebenarnya dah selesai sesi persekolahan 2025, ditutupi dengan majlis persembahan dan penyampaian hadiah pelajar-pelajar sekolah SRI Khairaa hari ini.
Beberapa hari sebelum tamatnya persekolahan memang sebok buat persiapan persembahan anak-anak. Malam tadi juga, ke dewan buat persiapan terakhir untuk siapkan pentas dan juga susun hadiah murid-murid.
Seawal pagi sibuk mempersiapkan anak-anak yang akan membuat persembahan terakhir.
Sempat juga anak-anak praktis nasyid beberapa buah lagu buat kali terakhir sebelum naik ke pentas.
Sebenarnya tak banyak photo kenangan diambil sewaktu persembahan kerana time tu sebok mengurus anak-anak untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan dan penyampaian hadiah.
Dah habis acara barulah rilex sikit, dapatlah bergambar walaupun tak banyak photo yang diambil.
Alhamdulillah... dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah.
Ustazah Fatin Nurbzilah
Cikgu Nisa
Cikgu Aina
Cikgu Nabila


Bergambar kenangan bersama pengurus dan guru-guru Sekolah SRI Khairaa.












Alhamdulillah syukur untuk harini.
BalasPadamCuti sekolah pon dah bermula, semoga semuanya cemerlang
Terasa happy sekali, semua dah selesai. Dah start cuti, tak sabar nak balik kampung... he he.
PadamSalam ziarah. tq sbb sudi drop komen kat my lil blog :) meriah majlis ihtifal ni..kenangan manis zmn persekolahan utk anak2 yg pastinya
BalasPadamMemang pun Mama Zharfan, hari yang ditunggu-tunggu setiap anak-anak, jadi kenangan manis untuk mereka.
PadamAlhamdulillah selesai 1 bab. Semoga anak² terus cemerlang
BalasPadamAamiinn...
PadamAlhamdulillah...selesai dah chapter 2025 ye...
BalasPadamSyukur Alhamdulillah, dah selesai masa persekolahan ya kak. Selamat tahun baru juga utk kakak yaaa 🎉. Semoga dimudahkan segala urusan di tahun 2026 ini
BalasPadam