Assalamualaikum... Jumpa lagi kita di kali ini.
Hari ini merupakan hari raya Aidil Adha tahun 2021. Sudah dua tahun kita berhari raya dalam keadaan pandemi covid 19, tapi tetap bersyukur kerana di beri kesempatan oleh Allah swt dapat juga berhari raya walaupun dalam keadaan kekurangan. Hanya berhari raya dengan keluarga masing2 tanpa jiran tetangga, keluarga dan sanak saudara.
Sebelum tu saya nak ucapkan salam Aidil Adha buat teman-teman semua walaupun dimana anda berada, mudah2an covid akan cepat lenyap dari mukabuni ini dan kita akan dapat beribadah di masjid2 serta dapat menunaikan fardhu haji dan umrah ke Mekah di masa akan datang.
Sekadar hanya kenangan sahaja, letak juga gambar kenangan raya haji di tahun ini. Besok2 boleh tengok kembali.Bergambar bersama keluarga.
Juadah raya pun ala kadar, apa yang ada je. Yang penting dapat merasakan suasana raya. Didoakan semoga teman2 juga happy dengan sambutan hari raya anda.
Alhamdulillah. Biar pun ala kadar, ada juga juadah raya dijamah bersama keluarga. Selamat menyambut aidil adha.
BalasPadamSalam Aidil Adha juga buat Amie...
Padamsemoga raya akan datang dah tak raya dalam keadaan pandemik. amin
BalasPadamInsya allah Salbiah... mudah2an corona ni cepat2 lah hilang dari mukabumi ni.
Padam