Jumaat, 20 September 2019
Kerabu Timun
Assalamualaikum...
Selamat petang... serta salam Jumaat pengunjung blog Diari Diela, semoga sihat sejahtera hendaknya.
Dimusim jerubu ni... kurangkanlah beraktiviti diluar rumah kerana udara diluar tidak begitu sihat dan ia mungkin juga akan menjejaskan kesihatan kita. Dan kita juga dinasihatkan supaya meminum banyak air.
Berbalik pula cerita masak memasak, kebetulan ada dua batang timun. Biasanya saya hanya buat ulam dimakan bersama sambal belacan je, tapi kali ni saya buatkan kerabu timun pula.
Memang sedap. Kalau tak nak makan dengan nasi, boleh juga diratah begitu saja.
Resepi Kerabu Timun
Bahan-bahan:
2 batang timun jepun (diparut)
1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 batang serai (dihiris halus)
1 biji cili merah
1 biji limau nipis
sedikit udang kepal (digoreng tanpa minyak)
2 sdb kacang tanah kisar
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan, gaul
sehingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas bersama lauk pauk lainnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sedappnyaaaa
BalasPadamAlhamdulillah... sedap Ain, bolehlah dicuba nanti.
PadamTerima kasih sudi jengah kat blog saya ni.