Jumaat, 31 Ogos 2018

Jeruk Pak Choy


     Assalamualaikum...

     Salam dihari Sabtu yang indah, semoga semuanya berbahagia selalu disampin keluarga tercinta.

     Tergoda juga dengan jeruk pak choy yang dipaparkan oleh blog FHA Selemak Santan, jadi saya pun cuba buat. Kebetulan kemarin kepasar, terlihat sayur pak choy yang segar-segar.



      Sebenarnya belum pernah merasa makan sayur jeruk ni, tapi teringin juga nak merasa. Biasanya sayur jeruk ni ada dijual dipasar-pasar, tapi dijual oleh mereka yang berbangsa Cina. Lebih elok kita buat sendiri agar terjamin kebersihannya. Sayur jeruk ni kita boleh dimasak asam pedas.

     Terima kasih kak Fauziyah sharing cara buat jeruk pak choy, saya simpan resepinya di sini pula ya...



Resepi jeruk Pak Choy

Bahan A
Sayur pak choy secukup nya.

Bahan B
1 cawan gula putih atau gula organik
1 cawan cuka epal *saya guna cuka makan biasa saja
5 1/2 cawan air biasa
3 sdb garam

Bahan C
Air sejuk bersama ketulan ais



Cara menyediakannya:

1. Sayur pak Choy di bersihkan dahulu.

2. Satukan air, cuka, gula dan garam ke dalam
   bekas yang besar , balang atau 
   tupperware.  Kacau sehingga gula dan garam
   larut dan ketepikan.
3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
   bersama ketulan ais.
4. Dalam masa yang sama, masak air sehingga 
   mendidih.
5. Celur sayur selama 30 saat atau lebih 
   sikit bergantung pada saiz besar batang 
   daun.
6. Toskan air dan rendam sayur dalam air
   sejuk, sehingga suhu panas sayur turun/
   sejuk
7. Toskan dalam penapis atau perah sayur
   perlahan-lahan untuk keluarkan air lebihan
8. Masukkan sayur ke dalam balang/bekas 
   plastik yang berisi larutan cuka tadi.
   Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

* Jeruk sayur ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan