Selasa, 3 Julai 2018

Masak Lemak Ikan Masin dgn Nenas


           Assalamualaikum...

     Salam di pagi Rabu yang indah, semoga semuanya sihat2 sahaja hari ini.

     Pagi ni saya update my blog dengan masakan masak lemak cili api ikan masin bersama nenas. Ini menu tengahari semalam, pagi ni baru dapat bersiaran. Biasanyanya kalau ada nenas mesti digandingkan dengan ikan masin terutamanya ikan talang. Tapi kali ni ikan talang tak de stok, jadi saya beli lah tulang ikan kurau. Tetap juga sedap.


Resepi masak lemak ikan masin dengan nenas

Bahan-bahan:
tulang ikan (ikut suka berapa banyak)
1 biji nenas (dihiris nipis)
santan secukupnya
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit
garam serta gula secukup rasa

1 biji bawang besar*
15 biji cili api* (taknak pedas boleh
    kurangkan)
2 ulas bawang putih*
Kunyit hidup*(agak-agaklah)

Bahan yang bertanda * dikisar halus.


Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar,
   biar sehingga mendidih. 
2. Masukkan serai serta daun kunyit. Kemudian
   masukkan ikan serta nenas, biarkan lagi 
   sehingga menggelegak.
3. Masukkan pula santan, perlu dikacau selalu
   supaya tidak pecah santannya.
4. Perasakan garam serta gulanya.
5. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan
   dihidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan