Khamis, 21 Jun 2018
Terung Bercili
Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua, semoga sihat2 sahaja hari ini.
Mungkin ada diantara kalian dah mula bekerja dan ada juga yang masih bercuti atau masih lagi berhari raya. Hari ni adalah hari yg ke 7 Syawal. apa-apa pun semoga kita semua berbahagia selalu.
Hari ni saya nak entrikan mengenai masakan terung bercili. Memang terung bercili ni menjadi kesukaan saya dan anak-anak. lauk yg selalu menjadi pilihan. Jom tengok resepinya...
Resepi Terung Bercili
Bahan-bahan:
terung (ikut banyak mana yg perlu)
2 batang cili besar*
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
sejemput ikan bilis*
1 keping asam gelugur
minyak utk menumis dan menggoreng
gula dan garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Terung dibelah dua, kemudian di goreng
separuh masak, angkat dan toskan.
Ketepikan.
2. Bahan yang bertanda * dikisar halus.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar
tadi, masukkan asam keping. Kemudian
masak hingga kering dan terbit minyak.
4. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk
perasa jika suka secukup rasa.
5. Angkat dan tuangkan ke atas terung yg
digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mudah dan sedap sangat.. Memang best dikawankan dengan ikan goreng..
BalasPadamBetul tu Shahida... Makan pula dgn nasi panas2, tak cukup sepinggan nasi.
Padamtun peminat tegar terung ^^ sedap goreng cili mcm ni
BalasPadamBetul kan... kalau gi pasar nampak terung mesti beli. Masak macam ni je dah cukup.
PadamTerung mmg my favourite.. sedapnya
BalasPadam