Khamis, 28 Januari 2016
Sambal Daging Kerisik
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam Jumaat teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu di hari yang penuh barokah ini.
Agak lama juga saya tidak entrikan mengenai cerita tentang masak-memasak ini. Setelah beberapa lama sibuk ke klinik dan ke hospital, ditambah pula kena berpantang maka memasak pun slowlah sedikit. Bila dah habis tempoh berpantang ni, maka terasa pula nak makan ini nak makan itu. Sabor je lah.
Kebetulan daging masih ada lagi dalam peti sejuk, kalau disimpan lama2 nanti tak sedap. Maka hari ini saya masak sambal daging kerisik. Lihat kat dapur Singgahsana Kitchen macam sedap je, maka saya cuba lah resepinya.
Memang sedaplah sambal ni, kalau taknak makan dengan nasi boleh juga dimakan dengan roti. Terima kasih di atas resepinya dan izinkan saya sharekan kat sini pula... ya. Marilah kita lihat resepinya.
Resepi Sambal Daging Kerisik
Bahan-bahan:
1 kilo daging
1 batang serai (dititik)
5 helai daun limau (tak letak)
3 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
Bahan-bahan dikisar halus:
10 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
5 ullas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, diikuti dengan
bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar, belacan
serta kerisik. Setelah pecah minyak,
masukkan daging. Kacau dan tutupkan
kuali supaya daging cepat empuk.
3. Semasa proses menunggu daging empuk,
tambahkan air sedikit demi sedikit
jika masakan kelihatan kering.
4. Setelah daging empuk, masukkan asam
gelugur, hirisan daun limau serta garam
dan gula. Kacau dan renihkan sebentar
sehinggalah kepekatan kuah yang di
ingini. Bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan