Selasa, 17 Jun 2014
Tips Menjadi Isteri Solehah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Wahai para-para isteri janganlah lupa kita ambil hati suami sambil bersulamkan pahala.
1. Akur pada suami.
sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami.
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah
laku, bahasa atau pun tindakan. Sebaliknya
menjadi isteri yang 'melegakan' setiap
kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai
suami menderita makan hati dalam diam.
Sifat yang harus dielak ialah berleter
dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu
dan ini sehingga suami pening kepala untuk
memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan
sampai suami terpaksa menerima rasuah
atau salah guna kuasa semata-mata ingin
memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami.
Ramai isteri yang tidak suka bersolek di
rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada
isteri yang merasakan mereka sudah tua dan
tidak perlu bersolek hatta mengenakan
sedikit gincu untuk kelihatan cantik di
mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki
sukakan kecantikkan terutama melihat wanita
yang menawan. Walaupun suami tidak pernah
bersungut tetapi hakikatnya mereka suka
melihat jika isteri bersolek seadanya agar
sentiasa kelihatan manis dan menarik.
Sebolehnya ubah imej mengikut citarasa
suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan
suami. Jangan biar malaikat melaknati
isteri yang menderhaka atau sering
menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan kepada
suami. Ingatkan suami dan berpesan dalam
apa jua keadaan.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami.
Ia dapat mengelakkan daripada membuat
perkara yang tidak elok.
8. Jangan membelakangkan suami.
Mesti minta izin terlebih dahulu walaupun
tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara
suami menghormati suami. Biarpun perkara
kecil, setiap isteri perlu menjaga hati
suami.
9. Jaga harta suami.
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan
jangan sesekali menyalah guna atau
menggunakannya untuk kepentingan diri
sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat
salah/menderhaka pada suami. Jadikan ia
amalan biasa dan jangan sesekali
lengahkan, buat tidak tahu atau tunggu
hari raya baru meminta maaf. Sesungguhnya
isteri begini sentiasa dilaknat oleh
para malaikat.
11. Solat bersama suami.
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah,
sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk
merapatkan hubungan dan mengelakkan
menderhaka kepada suami.
12. Jangan memperkecil pemberian suami.
Biarpun tidak seberapa, sebaliknya kena
berterima kasih dan hormati dirinya
sebagai suami terutama bagi isteri yang
berkedudukan dan berjawatan tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami.
Isteri sedemikian akan dimuliakan di
akhirat.
14. Pandang muka suami apabila bercakap.
Lihat dan tenung dengan penuh kasih
sayang, ia lebih dekat dihati. Bukan
bercakap membelakangkan atau sambil
membuat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan)
dalam rumahtangga. Jangan biar suami
berubah hati dan mencari wanita lain.
Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana
ada benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami. Beri
kebebasan dengan atasan yang wajar.
Jangan terlalu prasangka sampai asyik
telefon bertanya suami dimana, sentiasa
bertekak, check telefon suami hingga
suami tiada privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja.
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara
memikat suami ialah dengan cara memberi
sentuhan pada suami.
18. Jaga makan minum suami.
Guna ayat-ayat alquran dan bukannya bomoh
untuk menambat hati suami. Ingatlah, doa
adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air
setiap kali suami pulang dari kerja.
Semoga kita mengambil panduan daripada perkara2 tersebut dan semoga apa yang kita lakukan akan sentiasa diberkali Allah selalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan