Jumaat, 28 Februari 2014

Nasi Ayam


            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Hari ini terasa rajin pula memasak nasi ayam untuk makan tengah hari ini. Ini adalah kali kedua saya cuba memasak nasi ayam menggunakan resepi dari Azie Kitchen. Terima kasih Kak Azie diatas resepinya, izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula.... ya. Ternyata memang sedap rasanya. Alhamdulillah anak-anak pun suka memakannya. Marilah kita lihat resepinya...






Resepi Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan: (6 hingga 8 orang)

Untuk rebus:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yang diketuk

Untuk perap:
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
sedikit minyak bijan

Caranya:
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya,
   bersihkan dan dilumur dengan 2 ula bawang
   putih dan 2 cm halia yang diketuk. Rebus
   sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan 
   perap dan tabur sedikit gula dan garam. 
   Simpan dalam peti sejuk selama 15-20 
   minit. Lumur sedikit madu. Goreng hingga
   keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit
   sebelum dihidangkan. ( saya hanya bakar
   sahaja)

Tips - ayam digoreng sekejap sahaja 
iaitu secara touch and go- barulah 
ayam lembut.

Untuk nasi:
5 cawan beras
3 sdb butter
1 cm halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
1 kunyum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai- diketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning

Cara memasaknya:
1 Basuh beras dan toskan. Panaskan butter,
  tumis bahan menumis, daun pandan, serai, 
  halia serta bawang putih hingga garing.
2.Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga 
  terbit baunya. Masukkan air rebusan ayam 
  secukupnya dan garam. Masukkan sedikit 
  pewarna. Masak seperti biasa.

Untuk sos:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt cuka
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/ sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

Untuk sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
sedikit rempah sup
Garam secukupnya
Daun sup/ daun bawang yang dihiris

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap:

kicap manis cap kipas udang
gula secukupnya
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sehingga jadi pekat. Bolehlah dihidangkan dengan sayur-sayuran.




1 ulasan: