Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman semua. Hari ini teringin pula membaking kek. Dah ada bahannya cukup sayang pula kalau tak dibuat. Saya cuba buatkan kek marble atau pelangi. Tapi tak lah macam pelangi sangat.... Baru pertama kali buat....pasti ada kelemahannya.
Rasanya memang sedap dan sangat lembut keknya. Resepi ini dah lama saya simpan, dah tak tahu siapa yang empunya resepi ini. Walau apapun izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.
Resepi Kek Marble
Bahan-bahan:(loyang 7x7 in)
80 gm mentega (dicairkan)
200 gm gula halus
190 gm telur (pecahkan dalam mangkuk
dan timbang)
250 gm tepung gandum*
1 sdt baking powder *(disatukan dan diayak)
75 ml susu cair
1 sdt ovalete
pewarna dan perasa yang disukai
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan masukkan
ovalete, pukul lagi.
2. Perlahankan speed dan masukkan tepung
sedikit demi sedikit berselang-seli
dengan susu.
3. Bahagikan adunan mengikut warna serta
perisasa yang dikehendaki.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang
telah dilengser dengan mentega atau
dialas dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
dengan suhu 175 C selama 30-40 minit.
6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan
dari loyang. Sejukkan sepenuhnya barulah
dipotong untuk dihidangkan.
telur tu agak2 brpa biji yerk?...resepinya mudah,tq 4 share resepi...
BalasPadamTelur tu guna 4 biji sahaja. Tapi kenalah buang putih telurnya sedikit sbb nak cukup timbangannya.
Padam