Selasa, 26 Jun 2012

Pulut Kacau @ Wajik

           
            Assalamualaikum wrh wbr....

     Semoga teman-teman semuanya sihat di samping keluarga. Entri kali ni mengenai wajik atau orang utara kata pulut kacau. Teringat saya waktu kecil dulu bila kenduri kat kampung ja, emak akan buatkan kuih untuk diberikan kepada tuan rumah kenduri tersebut. Pulut kacau ni.... lah yang selalu emak buatkan memandangkan kuih ni senang juga nak dibuat dan ianya sangat sedap. 

     Sekarang ni, kalau nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. So.... saya pun cuba buat kuih ni. Alhamdulillah, menjadi juga kuihnya. Rasanya pun sangat sedap. Saya ambil dari My Resepi. Izinkan saya letakkan resepinya di sini.



Resepi wajik


Bahan-bahan:
500 gm beras pulut
*300 gm gula melaka @ gula merah
*200 gm gula pasir
   Bahan bertanda * dimasak dengan 1 
   cawan air.
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
daun pisang untuk alas talam / loyang.
Kalau yang suka durian bolehlah masukkan 
beberapa ulas durian (isinya sahaja)

Cara membuatnya:
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama
   4 jam dan selepas itu dikukus 30 minit,
   dibalik-balikkan dan digaul dengan sedikit
   santan cair dan secubit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 
   cawan air. Setelah larut dan mendidih 
   hendaklah ditapis.
3. Panaskan semula gula yang ditapis tadi,
   masukkan daun pandan dan secubit garam. 
   (masukkan durian bagi yg suka durian)
4. Setelah mendidih masukkan santan pekat,
   biarkan merenih dalam 1/2 jam. Guna api
   kecil.
5. Setelah gula pekat, berkilat dan bertali.
   Masukkan pulut yang dikukus tadi serta
   digaul rata.
6. Setelah agak kering, keluarkan daun pandan 
   tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah
   dialas daun pisang.
7. Sejukkan dan sedia dipotong.
    

       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan