Selasa, 29 September 2020

Makan-Makan di Restoran Nasi Arab Chef Ammar


 Assalamualaikum sahabat semua...

Lama tak update my blog yang satu ni. 

Hari minggu kelmarin my hubby sambut birthday, jadi kita sekeluarga sambutlah dengan makan-makan kat restoran yang best sikit. Ambil keputusan makan kat Restoran Chef Ammar di USJ yang sangat famous tu.

Memang sangat sedap masakan nasi arabnya. Kalau pencinta nasi arab bolehlah datang mencuba makanan di restoran tersebut.






Sebenarnya macam-macam menu ada disediakan, tapi yang menjadi pilihan saya dan keluarga adalah nasi mandhi ayam ni.





 


Happy Birthday to my hubby, moga panjang umur, murah rezeki diberikan kesihatan yang baik, serta bahagia selalu.




Khamis, 17 September 2020

Jalan-jalan ke nursery bunga lagi

 Assalamualaikum...

Selamat petang semua sahabat dan pengunjung blog Diari Diela, semoga anda semua sihat2 selalu.

Lama tak update blog tentang masak-memasak. Sekarang sibuk sikit menyiapkan tempahan mengait. Sambil2 tu buat toturial mengait kat youtube. Aduhai sibuk tak terkata. Masak pun cuma masakan yang mudah-mudah saja.

Kelmarin petang teman my hubby pergi ke nursery bunga, mencari bahan-bahan apa yang patut untuk menanam pokok kesayangan dia bunga kertas. Dapatlah juga cuci2 mata dengan keindahan bunga2 yang cantik.

Jom cuci mata...















Menyelit juga si kecik ni, ambil photo bersama dengan patung kancil ni.



Ahad, 30 Ogos 2020

Salam Kemerdekaan 31hb Ogos 2020

 Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat sahabat semua...

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2020, merupakan tarikh ulang tahun kemerdekaan buat negara kita Malaysia.


Sama-samalah kita doakan semoga tanah air kita sentiasa berada di dalam keadaan aman makmur serta terpelihara rakyatnya dari musibah serta bencana.


Jalur gemilang bendera Malaysia,

Megah berkibar setiap hari,

Selalulah kita berdoa padaNya,

Supaya Malaysia terus aman harmoni.
 


Rabu, 19 Ogos 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam maal Hijrah, moga diberkati Allah selalu.


 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.

(Surah Ar Ra'du: 11)

Marilah kita sama-sama menyambut bulan hijriah ini dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru Hijriah ini rezeki kita semua bertambah dan dipanjangkan umur supaya kita bisa beribadah kepadaNya. 

Aaminnn...


Jumaat, 7 Ogos 2020

Mee Telur Goreng

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... moga sihat selalu.

Pagi ni saya masak mi telur goreng untuk sarapan pagi. Tiap hari asyik nasi goreng, bihun goreng je. Sekali sekala goreng mee telur pula. Kalau maggi goreng lagi mudah masak sbb dah ada perencahnya sendiri. Kalau mee telur pula, kenalah buat perencahnya ikut citarasa sendiri.

Resepi Mee Telur Goreng

Bahan-bahan:

1 paket mee telur (direbus dengan air panas,

  kemudian toskan)

1 ketul ayam (dipotong kecil)

5 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

2 biji cili merah*

5 biji cili api*

1 sdb sos cili

1 sdb kicap

1 biji telur

2 pokok sayur sawi

sedikit minyak masak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar halus.

2. Panaskan minyak, tumis kisar hingga masak, 

    masukkan ayam.

3. Masukkan kicap dan sos cili dikacau lagi. Masukkan garam 

dan gulanya.

4. Masukkan mee bersama sayur kacau  hingga  

    bercampur. 

5. Akhir sekali pecahkan telur. Kacau  lagi hingga  mee serta sayur masak. Siap untuk dihidangkan.


Isnin, 3 Ogos 2020

Juadah di Aidil Adha

Assalamualaikum...

Bersua lagi di kali ini, moga sahabat semua sihat-sihat selalu.

Sebagai hidangan juadah di Aidil Adha saya hanya masak nasi tomato beserta lauknya ayam masak merah serta acar timun je.


Untuk nasi tomatonya saya cuba dari resepi Yati memories. Memang sedap nasinya, dimakan saja pun dah terasa sedapnya. Apa lagi digandingkan pula dengan lauk ayam masak merah beserta acar timunnya.



Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan:

4 cawan beras
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
2 1/2 sdb sos tomato
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
hirisan daun bawang
kismis dan kacang peas untuk hiasan
bawang goreng untuk hiasan

Bahan tumis:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
rempah 4 sekawan
1 inci halia diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato (dibuang biji dan dicincang halus)

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak sapi salam kuali, 
   masukkan bahan tumis, halia, bawang 
   besar, bawang putih, daun pandan serta
   tomato. Masak hingga layu. 

2. Tambah sos tomato dan kacau rata.

3. Masukkan beras, gaul rata dan                 goreng sekejap.

4. Alihkan beras tadi ke dalam rice               cooker, masukkan air, susu cair, kiub
   pati ayam, tambah garam secukup rasa. 
   Kacau sekejap dan tanak nasi seperti 
   biasa.

5. Bila nasi sudah masak, tabur                   kismis dan gemburkan dengan copstick.

6. Hidangkan bersama bawang goreng               serta kacang  peas.


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong dicuci bersih, diletak garam kunyit, digoreng
      separuh masak)
1 biji bawang holand
1 biji tomato (dibelah 6)
2 batang serai (dititik)
kacang peas
tomato puree

Bahan kisar:

5 biji cili merah 
5 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia 
4 biji buah keras 
cili kering 

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai.
   Kemudian masukkan bahan kisar. Goreng
   hingga masak dan keluar minyak.

2. Masukkan pula tomato, dikacau lagi.           Masukkan tomato puree.

3. Masukkan garam, gula serta perasa jika         suka.

4. Masukkan ayam, kacau hingga ayam benar-       benar masak. Akhir sekali masukkan
   kacang peas dan bawang holland.

5. Perlahankan api dan dikacau lagi hingga       masak. Siap untuk dihidangkan.



Resepi Acar Timun 

Bahan-bahan:

1 batang lobak merah (kupas kulit dan hiris seperti batang lidi)
1 batang timun (buang biji serta hiris seperti batang mancis)
cili merah (dibelah) 
cili hijau dibelah
halia (dimayang)
biji sawi secukupnya
cili blender
bawang merah
bawang putih
kunyit serbuk
cuka
gula
serbuk perasa
garam

Cara memasaknya:

1. Lobak merah serta timun digaul rata           dengan sedikit garam, kemudian toskan
   airnya.

2. Tumis bawang merah serta bawang putih         hingga garing masukkan cili kisar.
   Kacau dan biarkan hingga cili masak.

3. Masukkan gula, cuka, garam serta serbuk       perasa, masak hingga pekat.

4. Akhir sekali masukkan timun dan karot,         kacau selama lebih  kurang 2 minit.
   Kemudian angkat dan hidangkan.


Khamis, 30 Julai 2020

Salam Aidil Adha 2020

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua sahabat...

  Bersempena dengan tibanya hari Raya Aidil Adha kali ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil Adha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Raikan dengan penuh kesyukuran, tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan, maaf zahir batin.


   Disebalik kemeriahan Aidil Adha, marilah sama2 kita menghayati akan pengorbanan sebenar nabi Ismail as dalam menyahut seruan Allah swt untuk tunduk akur pada perintahnya.

         Sedikit photo kenangan yg sempat dirakamkan di Aidil Adha bersama sepupu sepapat beserta anak-anak.