Jumaat, 9 Oktober 2026

Menu Lunch Di Hari Jumaat.

 Selamat petang dan salam Jumaat sahabat semua. Moga  semuanya berbahagia selalu.

Di Selangor hari ni sekolah rendah dan sekolah kafa diarahkan tutup disebabkan jerubu yang teruk. Jadi anak-anak belajar secara online. Tapi saya tetap kena hadir ke sekolah juga. 

On the way balik saya singgah di bengkel untuk mengecek kereta yang ada sedikit masalah. Bila dah kebengkel ni tak keluar duit tak sah. Nak kenderaan elok, kenalah berkorban keluarkan duit untuk baiki. Lagi pun itulah satu-satunya kenderaan yang ada buat masa ini. 

Sampai rumah dah petang, terasa laparlah pulak, teruslah memasak apa yang ada.

Goreng cili ikan bilis petai.



Sayur bening petola.


Buah tembikai merah untuk pencuci mulut.




Petangnya pula sempat ke pasar malam berdekatan rumah.



Beli kuih mini apam balik buat minum petang.



3 ulasan:

  1. Semoga cepat2 la jerebu berlalu pergi. Sedapnya petai tu.

    BalasPadam
  2. Kemarin petai dan udang, hari ini petai dan ikan bilis ya kak , 😄😍😍. Saya nih kalau dah ada petai, memang suka.. mau dimasak apapun, pasti saya makan 😄👍

    BalasPadam
  3. Sedap plak tengok ikan bilis petai tu....kat rumah ada sikit lagi petai tu

    BalasPadam