Isnin, 15 Oktober 2012

Kuih Talam Ubi


          Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam ceria untuk semua di pagi ini. Bersua lagi di entri kali ini. Malam tadi terasa rajin lah pulak, maka saya buatkan kuih talam ubi untuk sarapan pagi. Memandangkan parutan ubi masih lagi berbaki di dalam peti sejuk. Saya cubalah buatkan kuih ini. First time buat kuih ni, alhamdulillah menjadi. Kuihnya pun sedap sangat.


   Saya cuba dari resepi CHE MAT GEBU. Terima kasih kerana berkongsi resepi, dan izinkan saya letakkan resepinya kat sini....



Resepi Kuih Talam Ubi

Bahan-bahan:

Lapisan bawah:

600gm parutan ubi kayu
160 ml santan cair
200 gm gula pasir
50 gm gula melaka
sedikit pewarna coklat (saya tak guna)
1 helai daun pandan

Caranya:


1. Satukan santan, gula pasir, gula melaka
   dan daun pandan. Masak dengan api perlahan
   hingga gula larut. tapis dan sejukkan.

2. Sediakan loyang 8x8x3, lapikkan dengan 
   plastik. sapu sedikit minyak pada plastik
   tadi.

3. Panaskan kukusan, satukan air gula merah 
   yang dah sejuk tadi bersama ubi. Kacau
   rata dan tuangkan ke dalam loyang tadi.

4. Kukus selama 20 minit dengan api yang 
   sederhana.



Lapisan atas:

600 ml santan
40 gm tepung gandum
70 gm tepung beras
garam secukupnya

Caranya:


1. Bancuh semua bahan untuk lapisan atas 
   kecuali garam. Kacau rata dan tambah 
   garam secukup rasa (jangan banyak, kasi
   rasa lemak je)

2. Tapiskan bancuhan tadi, kemudian masak 
   sekejap atas api sehingga naik wap. Kacau
   tanpa henti. Tuang perlahan-lahan atas
   ubi tadi.

3. Kukus selama 25 minit dengan api
   sederhana.

4. Biarkan kuih sejuk dahulu baru dipotong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan