Isnin, 1 Oktober 2012

Khasiat Bawang Putih

           
         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ceria untuk semua. Kali ini saya ingin mencatatkan tentang khasiat bawang putih pula. Biasanya bawang putih ni, kita hanya tahu menggunakannya di dalam masakan sahaja. Apa salahnya kita mengetahui tentang khasiatnya pula.

     Bawang putih atau nama saintifiknya Allium Sativum adalah bahan asas yang sangat diperlukan di dalam masakan . Tanpa bawang putih, mungkin masakan kita tidak menjadi begitu sedap. Bawang putih  juga mempunyai khasiat yang tersendiri dan ianya boleh dimakan mentah. Bawang ini mengandungi sulfur, sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.



Inilah khasiat atau kebaikan bawang putih:

1. Mengurangkan risiko stroke
   Bawang putih merangsang nitric oxide pada 
   dinding saluran. Ini akan membantu saluran 
   darah untuk mengembang dan seterusnya
   mengawal tekanan darah dengan baik bagi 
   mengelakkan risiko darah tinggi dan stroke.

2. Mengurangkan risiko kanser
   Kaya dengan bahan anti oksidan seperti
   selenium yang membantu mengurangkan 
   free radikal di dalam darah bagi mengurang
   kan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan anti virus
   Sejenis bahan Allicin yang terkandung
   dalam bawang putih ini bertindak sebagai
   anti virus dan anti bakteria dalam
   memusnahkan beberapa mikrob. Ia sangat baik
   untuk jangkitan perut, jangkitan influenza
   dan sebagainya.

4. Anti flamasi
   Mempunyai bahan anti flamasi yang dapat
   membantu mengurangkan penyakit asma, 
   mengurangkan inflamasi pada arhtitis pada 
   sendi seperti rheumatoid atau osteothritis.

5. Mengandungi banyak iodin
   Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang
   ini amat baik untuk pesakit yang mengidap
   hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
   Ia dapat merembeskan gastric acid pada
   lapisan perut yang akan membantu proses
   pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
   Kajian mendapati bahawa pengambilan 2 
   hingga 3 ulas sehari selama tiga minggu
   akan meningkatkan aktiviti sel darah putih
   untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
   Mengandungi kandungan Di-sulphpide di
   dalam bawang putih, membantu menurunkan
   nilai kolestrol di dalam saluran darah
   seterusnya dapat mengurangkan risikio
   penyakit jantung.

     Walau bagaimana pun, bawang putih juga mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Kita digalakkan mengambil kurang dari 5 gm bawang putih setiap hari. Oleh itu jangan lah kita mengambil lebih daripada yang disyorkan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan.


sumber-internet




1 ulasan: