Assalamualaikum wrh wbr....
Selamat berhujung minggu kepada teman-teman semua, semoga sihat hendaknya. Malam ini, sambil berehat saya masukkan entri mengenai khasiat mentimun pula untuk kesihatan kita. Sama-samalah kita dapat ilmu yang bermanfaat untuk kebaikkan kita bersama.
Mentimun atau lebih dikenali timun, nama saintifiknya Cucumis Sativus adalah sejenis sayur yang tidak asing lagi, mudah didapati di negara kita. Biasanya timun sering dihidangkan dgn nasi lemak dan sate. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam serta acar, dimakan bersama nasi. Timun ini sangat kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan badan, bahkan kandungan seratnya yang tinggi berguna untuk melancarkan pembungan air besar, menurunkan kolestrol dan dapat menutralkan racun.
Di antara khasiat mentimun:
1. Boleh mengurangkan kepanasan dan
radang pada kulit- disapu pada wajah.
2. Bahan diuratik, penyejuk dan pembersih
yang terdapat dalam timun menjadikan
sayuran tersebut baik untuk kulit.
3. Boleh memberi kelegaan kepada masalah
ulser, gastrik dan pedih ulu hati.
4. Dapat mengurangkan bengkak pada mata.
5. Membantu mengawal sembelit, ekzema,
atritis dan juga gout.
6. Timun mengandungi erepsin, dapat mem
bantu menghadamkan protein.
7. Bagus untuk masalah reumatik disebabkan
lebihan asid urik di dalam badan.
8. Kalium (potasium) di dalam timun berguna
untuk membantu mengurangkan tekanan
darah rendah.
9. Mengekalkan kandungan alkali di dalam
badan.
10. Menghilangkan bau badan dgn digosok
pada bahagian yang berpeluh.
Selain itu, mentimun juga berguna untuk kecantikkan samaada diminum jusnya atau kegunaan luaran:
1. Dapat menghilangkan jerawat.
2. Membantu pertumbuhan rambut kerana
silica yang terdapat di dalamnya bermanfaat
untuk menguatkan dan menyuburkan rambut.
3. Untuk melangsingkan badan kerana
mentimun sangat rendah kalori dan kaya
dengan serat. Selain itu, ia
mengandungi asam malonat yang boleh
merubah gula menjadi lemak.
4. Menyegar dan mengencangkan serta
melembabkan kulit kerana kandungan vitamin
serta mineralnya yang tinggi.
5. Merawat kuku, dapat mencegah kuku pecah
dan rosak.
sumber- internet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan