Rabu, 1 Ogos 2012

Kuih Buah Melaka

        
                Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Hari ini saya nak share tentang resepi buah melaka. Saya rasa semua orang tahu buat kuih ni, kerana ianya paling mudah disediakan. Kuih ni adalah kuih paling saya suka. Resepinya sangat ringkas. Mari kita lihat resepinya....



Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung pulut
2 sdb tepung beras
3 ketul gula gerek (dipotong kecil-kecil)
1 1/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
kelapa parut yang agak muda
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus

Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung pulut dan tepung beras
   di dalam satu bekas. Gaulkan ia agar ber
   campur.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil 
   digaul sehingga ia boleh diuli. 
3. Jika ia keras tambahkan sedikit air, dan 
   jika ia terlalu lembik tambahkan sedikit 
   tepung.
4. Sementara itu rebuskan air ke dalam 
   periuk.
5. Ambil sedikit,  buatkan lubang sedikit. 
   Masukkan gula gerek tadi, tutupkan ia 
   dan buatkan bulat-bulat.
6. Masukkan kedalam air yang mendidih. Bila 
   kuih dah masak ia akan timbul. Angkat dan 
   gaulkan dengan kelapa yang digaul dengan 
   sedikit garam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan