Ahad, 5 Ogos 2012

Peristiwa Nuzul Quran

        
           Assalamualaikum wrh wbr....

          Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua, semoga beroleh keberkatan di bulan ramadhan Al Mubarak ini. Di dalam bulan ramadhan berlakunya peristiwa Nuzul Quran. Nuzul Quran berarti penurunan Al-Quran dari langit kepada nabi yang terakhir yaitu Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika nabi sedang beribadat di Gua Hira'. Pada malam tersebut ayat yang pertama diturunkan yaitu surah Al-Alaq- 5 ayat dari surah tersebut.



            Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku sehingga seterusnya menjadi lengkap seperti kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
            Allah swt menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Membaca, menghayati serta mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah merupakan satu ibadat. Di dalam Al-Quran kalamullah mengandungi segala aspek hukum yang terkandung di dalamnya suruhan, larangan, iktibar serta pedoman kepada umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang membaca serta mengamalkannya akan memperolehi pelbagai kebaikkan.

Kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran:

1. Mendapat kebaikkan, keberkatan dan kehar-
   monian hidup.
2. Dilindungi dari godaan syaitan.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah 
   bidadari di syurga.
4. Pembaca Al-Quran diberi pahala yang tidak 
   akan putus.
5. Selamat dari api neraka, mendapat
   kedudukan tinggi dan mulia bersama
   malaikat. 
6. Al-Quran menjadi pembela di hari Qiamat
   bagi orang yang membaca Al-Quran.
7. Memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan
   di syurga.
8. Membaca sebelum tidur mendapat kawalan 
   malaikat.
9. Pembaca Al-Quran termasuk dalam golongan 
   Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
10. Akan memberi cahaya di dalam rumah jika
    kita membaca Al-Quran di dalam rumah.
11. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik
    dari solat sunat 1000 rakaat.
        
         Semoga kita semua akan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian kita dan semoga allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalan kita.


sumber- internet




Tiada ulasan:

Catat Ulasan