Selasa, 7 Ogos 2012

Kuih Bakar Daging

       
            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia semua, semoga anda sihat. Hari ini saya cuba buatkan kuih bakar daging untuk juadah berbuka. Memandangkan stok daging kisar masih ada dalam peti sejuk, maka saya cuba buatkan kuih tersebut. Kali ini saya mencuba dari resepi Kak Gee dan Che Mat Gebu. Sedap kuihnya....Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Mari kita semak resepinya.


Resepi Kuih Bakar Daging

Bahan-bahan kuih bakar:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dgn
       susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
sedikit garam
minyak sapi secukupnya (boleh ganti dgn 
           mentega/marjerin)
beberapa titik pewarna kuning
hirisan daun bawang, untuk hiasan
cili merah didadu kecil, untuk hiasan
sos cili sebagai pencicah 


bahan inti daging:
150 gm daging kisar
1 sdb rempah kari daging
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit air
hirisan daun sup secukupnya
sedikit hirisan cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.UNTUK INTI DAGING - 
    Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis 
    bawang besar dan bawang putih
    hingga harum. Masukkan rempah kari dan
    kacau rata. Tuang sedikit air dan masak
    hingga rempah kari garing. Masukkan daging
    dan gaul rata. Biar hingga daging masak.
    Tambah garam secukup rasa dan secubit
    gula. Masak hingga kering. Masukkan
    hirisan daun sup dan hirisan cili merah.
    Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.
 2.UNTUK ADUNAN KUIH BAKAR-
    Satukan telur, santan dan air. Kacau rata 
    dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga 
    tidak berbintil-bintil. Masukkan pewarna 
    kuning dan sedikit garam, garam sikit 
    saja nak bagi rasa lemak, sbb inti pun dah
    ada garam. Tapis dan ketepikan.
 3.UNTUK KUIH BAKAR DAGING-
    Panaskan acuan atas dapur, guna api 
    sederhana. Kemudian masukkan sedikit
    minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar).
    Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar
    3/4 penuh dan masak dgn api kecil hingga
    bahagian-bahagian tepi nampak garing.
    Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan 
    anda tabur rata-rata. Tutup permukaan 
    acuan sekejap.
 4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 
    180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan
    dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.
    Terus membakar hingga permukaan kuih
    perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar
    sekejap dan keluarkan kuih tadi. Tabur
    hirisan daun bawang dan cili merah cincang
    atasnya sebagai hiasan.
 5. Siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan