Khamis, 23 Ogos 2012

Paru Rendang Hijau

            
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam ceria untuk semua. Dipendekkan cerita, entri kali ini mengenai masakan paru masak rendang hijau yang saya buatkan untuk hari raya tempoh hari. Bahan-bahannya sama seperti buat rendang yang lain cuma cilinya menggunakan cili hijau serta ditambah pula dengan cili api untuk manaikkan rasa pedas. Lihatlah resepinya....


Resepi Paru Rendang Hijau

Bahan-bahan:
1 kilo paru direbus dan dipotong kecil-kecil
250 gm santan pekat 
3 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula dan perasa
1 labu bawang besar*
10 ulas bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
6 batang serai*
5 biji cili hijau*
15 biji cili api*

Cara membuatnya:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * sehingga
   halus.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar, paru
   dan santan. Kacau dan biarkan sehingga 
   mendidih.
3. Masukkan kerisik. Kacau lagi, masukkan
   garam, gula, serbuk perasa , hirisan daun 
   pandan. Biarkan sehingga agak pekat barulah
   diangkat.
4. Sedap dimakan dengan nasi panas atau
   ketupat daun palas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan