Jumaat, 3 Ogos 2012

Buah Rotan

   
           Assalamualaikum wrh wbr....

     Selamat malam semua.... Hari ini saya cuba buatkan buah rotan. Biasanya bila raya, saya suka beli buah rotan ni. Tapi kali ini, saya cuba buatkan sendiri. Firstime buat buah rotan ni. Bila goreng pertama kali ia meletup-letup. Kali keduanya menggoreng, guna api slow barulah tak meletup lagi. Rupa-rupanya ia tak boleh menggoreng menggunakan minyak yang terlalu panas. Pokoknya kena sabarlah ketika menggoreng buah rotan ni. Saya ambil resepi ni dari FATIMAH ISA. Terima kasih atas sumbangan resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pulak... Mai kita tengok resepinya dulu...



Resepi Buah Rotan

Bahan-bahan:
500 gm tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
biji bijan halus
1 sudu besar esen ros
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 cawan
   air dan ambil santannya. Kemudian 1 biji
   telur, 4 sudu gula dan esen ros dimasukkan
   ke dalam perahan santan dan dipukul hingga
   sebati.
2. Masukkan ke dalam satu bekas yang besar, 
   kemudian masukkan cecair santan sedikit 
   demi sedikit.
3. Kemudian uli sehingga menjadi satu doh 
   lembut (tambah air jika santan tidak men-
   cukupi) supaya senang untu dibulat-
   bulatkan.
4. Adunan yang telah dibentuk hendaklah di-
   gaulkan dengan bijan halus dan digoreng 
   dengan minyak yang sederhana panasnya 
   sehingga kuning keemasan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan