Selasa, 2 Oktober 2012

Agar-agar Permata

         
            Assalamualaikum wrh wbr....

        Cuaca hari ini memang panas sangat. So, teringat lah kalau buat agar-agar pun best juga. Maka terfikir-fikir lah agar-agar apa ya.... yang boleh menyejukkan tekak. Tercari-cari kat tenet, bila lihat agar-agar permata macam best je. Jadi, saya pun cuba lah dari BALKIS-RESEPIKU.BLOGSPOT. Sedap rasanya, kalau dimakan ketika sejuk. 


        Tapi lihat lah hasilnya bila dah dimasukkan adunan kedua, tak nampak pun warna merah dan kuning. Yang menyerlah hanya warna hijau sahaja. Warna lain tu tenggelam kat bawah. Walau bagaimana pun terima kasih banyaklah kepada tuan punya resepi ini. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini ya.....







Resepi Agar-agar Permata

Bahan-bahan:


Bahan A
1/2 cawan agar-agar tali
2 1/2 cawan air
gula secukupnya
dua helai daun pandan diikat
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara memasak:

1. Rebus air bersama 2 1/2 cawan air hingga 
   hancur, masukkan juga daun pandan.
2. Setelah hancur, masukkan gula secukupnya. 
   Tunggu hingga mendidih dan padamkan api.
3. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. 
   Setiap bekas dimasukkan warna yang
   berlainan iaitu hijau, kuning dan merah.
   Tunggu hingga agar-agar keras.
4. Apabila keras, potong agar-agar berbentuk 
   dadu kecil-kecil. Masukkan agar-agar yang 
   dipotong ke dalam loyang. Langkah
   seterusnya ialah dengan memasak bahagian 
   B pula.

Bahan B

1 cawan agar-agar tali
5 cawan air
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan diikat
gula secukupnya

Cara memasak:

1. Masak agar-agar bersama 5 cawan air hingga 
   hancur. Masukkan juga daun pandan agar  
   lebih wangi.
2. Setelah itu masukkan  gula dan susu.
   Tunggu sehingga mendidih. Tutup api dan 
   tuangkan agar-agar susu ke dalam bahan A
   iaitu agar-agar yang dipotong dadu.
3. Tunggu hingga agar-agar keras. Jika ingin 
   agar-agar lebih cepat keras, masukkan ke 
   dalam peti sejuk.
4. Bila dah sejuk bolehlah dipotong dan di
   hidangkan.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ye.... lah Rohah sebab ada banyak colour. Tu... yang nampak menarik sangat.

      Padam