Rabu, 30 Mei 2018

Rendang Pucuk Paku


          Assalamualakum...

    Selamat berpuasa semua... 
Sedar tak sedar hari ni dah masuk setengah bulan kita menjalani ibadah puasa. Sekejap saja masa berjalan. Semoga kita dapat berpuasa hingga kepenghujungnya.

    Kali ini nak update pula tentang masakan yang semalam. Terasa teringin nak mencuba rendang pucuk paku, jadi saya cubalah memasak. Saya cuba resepi dari Norhayati Mohd Isa (Cahaya Hidup). Memang sedap rendang pucuk paku ni. Jom tengok resepinya...


RESEPI RENDANG PUCUK PAKU

Bahannya :
2 ikat pucuk paku
1 kilo santan pekat
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ ditumbuk kasar
20 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
1 inci kunyit hidup*(tumbuk halus bahan*)
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit dihiris
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa.


Caranya :

1. Masukkan santan pekat, bahan tumbuk dan
   ikan bilis, masak dan sedikit garam dulu,
   kacau sehingga bahan tersebut terbit 
   minyak.  Kita kena kacau sentiasa nanti 
   hangus pulak.

2. Kemudian perasakan garamnya sebab semakin 
   kering akan masin, jika dah sedang elok 
   jangan dimasukan garam lagi, terus masuk
   kerisik, serai, daun kunyit, asam keping,
   kacau bagi mesra  dan baru masukkan pucuk
   paku.

3. Kacau lah sehingga bahan-bahan tersebut
   kering, semakin kering bahan tu , nanti
   boleh simpan lama. Masa ni gunakan api 
   yang perlahan tau, sentiasa kacau nanti
   kering tak sekata pulak.

4. Apabila semua bahan kering seperti rendang
   tu, boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Memang sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Komen