Khamis, 24 Mei 2018

Tauhu Sumbat


  Assalamualaikum...

   Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagaimana puasa anda? Mudah-mudahan segala amalan yang kita kerjakan di bulan suci Ramadhan ini membawa keberkatan serta diterima oleh Allah swt.


   Iftar semalam saya buatkan tauhu sumbat, salah satu menu kesukaan my hubby. Kadang-kadang sanggup dia beli tauhu sumbat ni kat bazar ramadhan. Tapi bila beli ada ja yg tak kena kat tekak, jadi saya buatkan saja mengikut selera saya.


   Mudah ja cara buatnya, cuma sosnya sahaja mengikut selera. Ada yang buat sos kacang dan ada yg buat sos yang biasa.




Resepi Tauhu Sumbat

Bahan-Bahan:


5 keping tauhu
1/2 batang timun
1/2 batang carrot  
Taugeh (buang akarnya)
minyak secukupnya utk menggoreng tauhu

Caranya:


1. Tauhu digoreng sehingga masak. Kemudian 
   belah berbentuk 3 segi. 

2. Sementara tu hiriskan carrot dan timun.

3. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.

4. Ketepikan dulu.


Sos Cili

Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
garam
gula secukup rasa 
1 biji jus limau kasturi
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

Cara-Cara:


1Mesinkan semua bahan, jangan sampai halus
  kecuali jus limau dan daun ketumbar.

2. Masakkan sos sehingga pekat.

3. Campurkan jus limau serta daun ketumbar
   dan kacau rata.

Cara penyediaannya:

1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di 
   masukkan sayuran.

2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan
   hidangkan bersama sos cili merah.
     


1 ulasan: