Sabtu, 2 Jun 2018

Udang Goreng Cili


         Assalamualaikum...

     Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, semoga anda semua ceria-ceria selalu bersama keluarga.

     Hari ini nak cerita mengenai masakan semalam. Pening juga dok pikir nak masak apa dengan udang. Biasanya asyik masak kari, masak lemak, goreng kunyit. Boring juga. Biasanya ikan masak goreng cili, tapi kali ni saya masak udang goreng cili pulak. Kebetulan ada isi petai, maka saya letaklah isi petainya.


Resepi Udang Goreng Cili

Bahan-bahan:
1/2 kilo udang(dibersihkan dan letak sedikit garam kunyit)
sedikit isi petai
1 keping asam gelugur
sedikit minyak masak
garam

Bahan kisar:
2 biji cili merah
10 biji cili api
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
sedikit belacan


Cara memasak:

1. Goreng udang yang sudah diletak garam
   kunyit dgn sedikit minyak. Angkat dan
   ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan
   kisar. Masukkan asam keping. Biarkan
   sehingga cili masak dan berminyak.
3. Masukkan garam serta sedikit gula.
   Masukkan udang tadi dan juga petai. Kacau 
   sebentar, kemudian angkat utk dihidangkan


Sedap dimakan bersama nasi panas2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan