Khamis, 25 Februari 2016

Agar-agar Coklat


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia... bertemu lagi di entri kali ini. Oleh kerana ada lebihan sedikit agar-agar yang masih bersisa, jadi saya masak agar-agar coklat. Sayang juga kalau dibiarkan tidak digunakan. Kebetulan ada coklat dan lebihan susu cair. Lihatlah resepinya yang mudah ini...


Resepi Agar-agar Coklat

Bahan:
5 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 sdb coklat
1/2 cawan susu cair

 Caranya:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga
   agar-agar larut.
2. Masukkan gula, biarkan sehingga gula cair.
3. Kemudian masukkan susu cair beserta coklat.
   Tunggu sehingga mendidih.
4. Angkat dan masukkan ke dalam acuan kecil
   yang dibasahkan terlebih dahulu.
5. Sejukkan sebentar. Barulah masukkan ke
   dalam peti sejuk.


* Sedap dimakan ketika sejuk.

2 ulasan:

  1. sedap sngat ni, makan masa cuaca panas2 mcam sekarang..

    BalasPadam
  2. Lama tak buat agar-agar..selalu buat agar2 santan gula melaka je..=)

    BalasPadam