Khamis, 18 Februari 2016

Nasi Ayam Madu


         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Apa khabar teman-teman semua, tentunya anda semua sihat serta ceria selalu hendaknya. Bersua lagi di entri kali ini. 
   
   Hari ni teringin pula nak makan nasi ayam. Tercari-cari kat dapur maya kawan-kawan. Terbekenanlah dengan resepi nasi ayam madu dari Yati Memories. Memang sedap rasanya resepi masakan nasi ayam dari Yati ni. tapi saya tak letak madu sebab tak ada stok madu kat rumah, tapi walaupun tak ada madu ayamnya tetap juga sedap dimakan.
    Terima kasih Yati di atas resepinya, izinkan saya sharekan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.

Resepi Nasi Ayam

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras
6 cawan air (air rebusan ayam dicampur
          dengan 1 ketul kiub ayam)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
2 sdb butter

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
3 sdb minyak masak

Caranya:
1. Basuh beras dan rendam 30 minit, toskan.
   Ketepikan.
2. Masukkan 5 cawan air rebusan ayam dalam
   rice cooker. Masukkan beras dan biarkan
   sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis 
   hingga naik bau.
4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih 
   dan masukkan ke dalam rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak
   macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan dengan  
   chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah dihidang
   bersama ayam goreng dan sos cili merah 
   dan sos kicap. 

Bahan untuk ayam goreng madu:
1 ekor ayam
3 sdb kicap pekat
3 sdb sos tiram
2 sdb madu
2 sdb sos tomato

Caranya:
1. Rebus ayam besama air hingga separuh 
   masak dan keluarkan dari sup tersebut 
  (air rebusan ayam inilah buat masak 
   nasi ayam tadi).
2. Perap ayam bersama kicap sos tiram, sos
   tomato dan madu selama 1/2 jam.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah
   masak angkat dan toskan.

Sup ayam:
air dari rebusan ayam
daun sup / daun bawang secukupnya
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
rempah tumis (bunga lawang, bunga 
     cengkih,kulit kayu manis,buah  
     pelaga)

Caranya:
1. Masukkan rempah tumis ke dalam periuk 
   yang berisi air rebusan ayam.
2. Masukkan kiub ayam serta garam. Biarkan
   sehingga mendidih.
3. Apabila dihidang nanti taburkan hirisan 
   daun sup serta daun bawang.
 
Sos pedas merah:
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
6 biji cili api (merah/hijau)
2 sdb cuka
2 sdb gula 
sedikit garam
2 sdb sos cili
1/2 cawan air masak utk blend bahan2
hirisan daun ketumbar (saya tambah)
  
caranya:
1. Kisar bawang putih, cili api dan cili 
   merah.
2. Masukkan cuka dan sos cili, gaul sebati.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya.
   perasakan.
4. Sekiranya dah ok, bolehlah dihidangkan 
   bersama ayam. 

Sambal kicap:
10 biji cili api (merah/hijau)
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap
gula dan garam secukup rasa
sedikit sup ayam

caranya:
1. Bakar bawang putih sekejap. Kisar cili 
   api bersama bawang putih.
2. Masukkan dalam mangkuk dan letakkan kicap.
3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya. 

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan