Jumaat, 4 Mac 2016

Kuih Lopes


           Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bertemu lagi kita dientri kali ini, semoga beroleh rahmatnya dihari ini. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menikmati kehidupan di dunia yang fana ini.

   Entri kali ini mengenai masakan kuih orang lama iaitu kuih lopes. Anak-anak sekarang memang kurang berminat dengan kuih ni. Firstime buat kuih ni, selalunya nak makan beli je... tapi hari ni terlebih rajinlah pulak. Saya cuba dari resepi DAYANG JACK, memang sedap kuihnya. Izinkan saya copykan resepinya disini pula ... ya. Jika nak cuba bolehlah lihat resepinya.

Resepi Kuih Lopes

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan (dikisar)
1 sdt air kapur
1/2 sdt garam
beberapa titik pewarna hijau

kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.


Air Gula:

3 ketul gula melaka
5 sdb gula
3 cawan air
1 helai daun pandan (diikat)


Cara membuatnya:
1. Cuci beras pulut, kemudian rendam beras
   pulut selama 3 jam, masukkan juga pewarna
   hijau serta air kapur.
2. Kemudian toskan dan masukkan kedalam 
   loyang. Kukus selama 20 minit. Selepas 
   itu masukkan santan serta air pandan 
   dan kukus lagi selama 30 minit.
3. Alas bekas 4 persegi dengan plastik / daun
   pisang. Masukkan pulut dan tekan padat-
   padat pulut tersebut. Biarkan sejuk,
   kemudian potong ikut bentuk yang disukai.
4. Kemudian golekkan ke dalam kelapa parut 
   yang digaul dengan sedikit garam.

Cara membuat air gula:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih, kemudian kecilkan apinya. Masak sehingga agak likat. Sejukkan dahulu, bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan