Jumaat, 18 Mei 2018
Kerabu Ikan Bilis
Assalamualaikum...
Bersua lagi di entri kali ini. Alhamdulillah... hari ini merupakan hari kedua umat islam berpuasa. Bila petang ja hujan... jadi taklah terasa haus sangat.
Anda masak apa utk juadah berbuka. Saya masak yang ringkas2 sahaja. Satu menu yang agak ringkas dan mudah sahaja utk disediakan iaitu kerabu ikan bilis.
Resepi Kerabu Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Ikan bilis
2 biji limau (ambil airnya)
sedikit sos ikan
sedikit gula serta garam secukup rasa
Bahan hiris:
1 biji tomato
1 biji bawang besar
beberapa helai daun limau purut
kacang panjang
timun
cili api
1 batang serai
Caranya:
1. Ikan bilis digoreng terlebih dahulu.
Kemudian ketepikan.
2. Semua bahan hiris masukkan ke dalam satu
mangkuk, kemudian masukkan air limau, sos
ikan 2 sudu, takde sos ikan boleh gantikan
dengan sos tiram, sudu gula, sedikit
garam secukup rasa.
3. Gaulkan kesemua. Last-last nak berbuka
baru masukkan ikan bilis supaya tidak
lemau.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Khamis, 17 Mei 2018
Sagu Gula Melaka
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang pertama kita menjalankan ibadah puasa. Bagaimana puasa kalian... ok tak? Almaklumlah hari pertama puasa, terasa peritlah sikit.
Saya buatkan sagu gula melaka. Makan sejuk2 ketika berbuka, nyaman je rasa tekak.
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan untuk sagu:
1 cawan sagu
3 cawan air
pewarna jika perlu
Caranya:
- Basuh sagu dan direbus dgn air hingga sagu menjadi jernih. Kalau masih nampak putih-putih dan air hampir kering, tambahkan sikit air lagi.
- Lepas sagu masak, tuangkan ke dalam penapis, bilas sekejap dgn air, sbb nak buang kanji sagu tu. Kalau nak kaler, titiskan sedikit pewarna, kacau rata.
- Kemudian masukkan ke dalam acuan/bekas yg sesuai.
- Biarkan sehingga ia sejuk.
Bahan-bahan:
Untuk air gulanya:
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah (nak bagi kaler gelap sikit)
1/2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul
Masukkan gula melaka,air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga semuanya larut.Tapis dan ketepikan.
Untuk santannya:
1 cawan santan
1/2 cawan susu cair sedikit garam (nak bagi rasa lemak)
Seterusnya,dlm periuk yg lain, masukkan santan, susu cair dan garam. Didihkan sebentar. Ketepikan.
Cara menghidang:
- Sekarang, ambil bekas yg sesuai, letakkan sagu tadi, curahkan kuah santan dan gula melaka. Siap
- Sedap kalau makan sejuk-sejuk.
Rabu, 16 Mei 2018
Salam Ramadhan 2018
Assalamualaikum...
Besok adalah tibanya bulan Ramadhan, maka marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa.
Menjelang bulan suci Ramadhan ini, saya memohon maaf yang sedalam-dalamnya jika ada kata-kata yg tidak berkenan, sikap yang menyakiti. Semoga kita semua diberi kelancaran beribadah di bulan yg penuh berkah ini. Selamat menjalankan ibadah puasa.
Isnin, 14 Mei 2018
Ikan Cencaru Sumbat
Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Semoga anda semua sihat selalu.
Hari saya masak ikan cencaru sumbat, memandangkan ikan dah lama kat dlm peti sejuk, hari ni baru sempat masak ikan ni.
Ikan cencaru ni hanya sesuai dibakar atau digoreng saja. Intinya pula boleh juga diletakkan kelapa parut jika suka.
Jom tengok resepinya...
Resepi Ikan Cencaru Sumbat
Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru- dibelah belakang,
dibersihkan dan diletak sedikit garam
kunyit. Kemudian ketepikan.
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan tumbuk:
2 batang serai
1 biji bawang besar
2 senduk cili kering blender
2 ulas bawang besar
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang
dikisar hingga berminyak.
2. Apabila cili sudah masak, masukkan air
asam jawa, gula serta garam. Kemudian
angkat.
3. Ambil beberapa sudu cili yang telah
dimasak tadi, masukkan ke dalam ikan.
4. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali,
masukkan ikan yg telah disumbat tadi.
Kemudian tutup tudung kuali. Sekali
sekala alihkan, agar ikan masak sekata.
Khamis, 26 April 2018
Goreng Cili Tempe, Ikan Bilis serta Kentang
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Moga semuanya sihat2 sahaja diketika ini. Hari ini update mengenai lauk kegemaran anak-anak iaitu goreng cili tempe, ikan bilis serta kentang. Lauk ni memang selalunya menjadi pilihan terutama anak bujang saya. Kalau lama tak masak sambal ni mesti dia akan tanya.
Jadi sekali sekala saya akan masak sambal ni. Jom tengok resepinya.
Resepi goreng cili ikan bilis, tempe, kentang
Bahan-bahan:
segenggam ikan bilis
1 bungkus tempe (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
cili api
cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng dan menumis
Cara memasaknya:
1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian
goreng kentang yg telah dipotong dadu.
Tempe juga digoreng.
2. Bawang besar, cili merah, cili api, serta
bawang putih diblender dengan sedikit air
hingga halus.
3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar dengan
sedikit minyak. Masukkan sedikit belacan
serta asam keping. Biarkan cili masak
sehingga berminyak.
4. Kemudian masukkan gula serta garam secukup
rasa. Apabila sudah secukup rasa,
tutupkan api.
5. Biarkan cili sedikit sejuk baru masukkan
bahan yang digoreng tadi supaya
mengelakkan ikan bilis menjadi liat.
Gaulkan supaya bercampur. Barulah
dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Isnin, 23 April 2018
Ayam Masak Halia
Assalamualaikum...
Bertemu lagi dikali ini... semoga anda semua berbahagia selalu dihari ini.
Kali ini bercerita pula mengenai masak2 memasak. Berfikir-fikir nak masak apa hari ini dengan ayam yang berbaki. Tercari2 dalam resepi masakan ayam, terjumpalah resepi ayam masak halia daripada blog Yati Memories lalu saya mencubanya.
Resepi Ayam Masak Halia.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1/2 cawan air*
- 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
- 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
- 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
- 1 biji buah tomato - belah 4
- 1/2 batng carrot - potong kecil
- minyak utk menumis
- garam dan sedikit gula
Bahan Hiris:
- 5 cm halia
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah
- 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
- Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
- Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
- Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Jumaat, 6 April 2018
Tumis Jantung Pisang
Assalamualaikum...
Bertemu lagi di entri kali ini, kali ini mengenai masak-memasak pula. Teringat sewaktu duduk kat kampung dulu, banyak pokok pisang di sekeliling rumah. Jadi pendek kata pisang selalu ada kat rumah, tak payah beli.
Kalau ada pokok pisang mestilah ada jantung pisang. Macam-macam boleh dimasak dgn jantung pisang ni... boleh buat pajeri, kerabu atau boleh direbus begitu saja untuk dibuat ulam. Selalunya emak suka goreng begitu saja, letak sikit ikan bilis dan sedikit serbuk kunyit. Ringkas saja cara memasaknya seperti memasak sayur yg lain.
Jadi... bila terjumpa jantung pisang ni kat pasar, teringat pula tumis jantung pisang yg selau emak buat,teruslah saya membelinya.
Ni lah hasilnya...
Resepi Tumis Jantung Pisang
Bahan-bahan:
1 jantung pisang (dihiris halus2 kemudian
dimasukkan kedalam air yg diletak dgn
sedikit garam utk mengelakkan ianya
menjadi hitam)
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis.
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak e dalam kuali,
tumis bawang merah serta bawang putih
hingga naik bau, masukkan ikan bilis.
2. Kemudian masukkan jantung pisang yg
dihiris tadi, kacau dan tutup dgn tudung
sehingga ianya layu.
3. Masukkan pula serbuk kunyit, garam serta
gula serta cili. Letakkan sedikit air jika
terlalu kering. Rasakan ia, jika dah
secukup rasa barulah diangkat dan
dihidangkan.
Sedap dimakan dgn nasi panas-panas.
Langgan:
Ulasan (Atom)


















