Sabtu, 11 April 2026

Menghadiri Majlis Ceramah Ustazah Asma

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua semoga semuanya sihat selalu di hujung minggu. Mungkin hari ini teman-teman masih lagi menghadiri majlis open house di rumah sahabat atau saudara mara. Selamat menjamu selera dengan makan yang sedap-sedap.

Masih lagi cerita di hari Jumaat kelmarin, selepas balik dari Serdang. Terus siapkan sedikit juadah ringkas buat Nasaie kesekolah agama, kerana ada majlis hari raya di sekolahnya.

Selepas dianya ke sekolah , saya pula menghadirkan diri ke masjid berdekatan iaitu Masjid Cahaya Iman kerana ada sesi ceramah dari Ustazah Asma Harun.



Alhamdulillah sempat mendengar ceramah dari beliau walaupun datang dah agak terlambat.











                                   

Dah habis ceramah pihak penganjur menyampaikan hamper kepada penceramah.


Terjumpa pula kawan sepengajian.





Jengok-jengok juga produk dari ustazah, ada produk kosmetik, tudung, telekung serta mini sejadah. 



Ada juga yang jual minyak wangi.

Sebelum balik sempat round-round cari makan kat gerai-gerai di perkarangan masjid.

Sebenarnya masjid Cahaya Iman menganjurkan festival makanan, selain itu macam-macam acara diadakan untuk pengunjung. Festival ini start dari hari Rabu hingga hari Ahad. Hari ini adalah hari last.


















Macam-macam makan ada di jual disini. Kalau teman yang tingga berdekatan bolehlah berkunjung ke sini.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Semoga Allah kurniakan keberkatan mencari ilmu.

    BalasPadam