Jumaat, 6 April 2018

Tumis Jantung Pisang


              Assalamualaikum...

     Bertemu lagi di entri kali ini, kali ini mengenai masak-memasak pula. Teringat sewaktu duduk kat kampung dulu, banyak pokok pisang di sekeliling rumah. Jadi pendek kata pisang selalu ada kat rumah, tak payah beli.

     Kalau ada pokok pisang mestilah ada jantung pisang. Macam-macam boleh dimasak dgn jantung pisang ni... boleh buat pajeri, kerabu atau boleh direbus begitu saja untuk dibuat ulam. Selalunya emak suka goreng begitu saja, letak sikit ikan bilis dan sedikit serbuk kunyit. Ringkas saja  cara memasaknya seperti memasak sayur yg lain.

      Jadi... bila terjumpa jantung pisang ni kat pasar, teringat pula tumis jantung pisang yg selau emak buat,teruslah saya membelinya.
Ni lah hasilnya... 


Resepi Tumis Jantung Pisang

Bahan-bahan:
1 jantung pisang (dihiris halus2 kemudian 
   dimasukkan kedalam air yg diletak dgn
   sedikit garam utk mengelakkan ianya
   menjadi hitam)
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis.


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak e dalam kuali,
   tumis bawang merah serta bawang putih
   hingga naik bau, masukkan ikan bilis.
2. Kemudian masukkan jantung pisang yg
   dihiris tadi, kacau dan tutup dgn tudung
   sehingga ianya layu.
3. Masukkan pula serbuk kunyit, garam serta
   gula serta cili. Letakkan sedikit air jika
   terlalu kering. Rasakan ia, jika dah
   secukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.

Sedap dimakan dgn nasi panas-panas.



2 ulasan:

  1. sedapnya makan masakan selera kampung. nostalgia zaman kanak2 dulu..

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Abam Kie sudi jengah kat blog saya yg tak seberapa ni.

      Padam