Isnin, 23 April 2018

Ayam Masak Halia


          Assalamualaikum...

      Bertemu lagi dikali ini... semoga anda semua berbahagia selalu dihari ini.

      Kali ini bercerita pula mengenai masak2 memasak. Berfikir-fikir nak masak apa hari ini dengan ayam yang berbaki. Tercari2 dalam resepi masakan ayam, terjumpalah resepi ayam masak halia daripada blog Yati Memories lalu saya mencubanya.



Resepi Ayam Masak Halia.

Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 batng carrot - potong kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris:
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah

Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan