Isnin, 28 Mac 2016

Puding Sagu Gula Melaka


          Assalamualaikum wrh... wbr...

    Di cuaca yang panas terik ni, tekak ni rasa nak makan je yang sejuk-sejuk yang dapat menyamankan tekak. Dilihat stok sagu masih ada, jadi saya buatkan puding sagu gula melaka.
     

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:

1 cawan sagu biji
1 liter air
1 helai daun pandan (disimpul)
pewarna kegemaran

Cara membuatnya:


1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam, 
   kemudian toskan.

2. Didihkan air bersama daun pandan. Masukkan
   biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.


3. Masak hingga sagu jernih, tutupkan api dan
   biarkan seketika.

4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip 
   yang mengalir. 

5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.
   titiskan warna kegemaran masing-masing.


6. Simpan di dalam peti sejuk.


Resepi Kuah Gula Melaka:

Bahan-bahan:

1 ketul gula melaka/ gula nipah/ gula kabung
  dihiris kecil supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara menyediakannya:

1. Satukan semua bahan, masak hingga gula 
   larut dan pekat, kemudian tapiskan.

2. Simpan dalam peti sejuk.  


Resepi Kuah Santan:

Bahan:
1 cawan pati santan
1 cawan air
1/2 sdt garam

Caranya:

1. Masak pati santan bersama air, masukkan 
   garam. Masak sebentar sehingga naik wap
   dengan menggunakan api yang sederhana.

2. Angkat dan sejukkan di dalam peti sejuk. 

Cara menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan kuah santan bersama sirap gula melaka. Siap untuk dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan